Resepi Tiramisu sejak dulu kala..

Ini post dari fb pagi tadi :)

Sahabat kesayangan saya, Illeya Ibrahim minta resepi Kek Tiramisu. Lama dah tak buat sebenarnya, itu pun gambar dua tahun lepas, ada orang tempah untuk Sambutan Hari Jadi. Jadi, duk godek blog ni lah cari resepi dekat entri yang lama-lama (sebab dulu rajin buat koleksi resepi-resepi ni dekat blog, tapi sekarang? huhu.. -_-").

Saya dah olah sikit dari resepi asal. Sebenarnya resepi ni saya dapat dari kawan saya waktu Form 5, 6 tahun dulu. Sampai sekarang saya guna resepi ni, tapi versi saya. So, here it goes..



Kek Tiramisu Birthday di order dua tahun lalu

~Kek Tiramisu~

Cream:
Cream Cheese 500g
Gula 200g
Whipped Cream 200g
Esen Vanila (1 tutup penuh)
Coffee (1/2 sudu besar+1 sudu besar air)

Sos:
Susu kotak full cream 300ml
Coffee (1/2 sudu besar+100ml air)
Chocolate syrup (6 sudu besar)
Air 100ml
Esen Vanila (1 sudu kecil)
gula (1 sudu besar)

Bahan Lain:
Kek Sponge
Serbuk koko

Cara:
1. Campur semua bahan sos dan kacau.
2. Putar cream cheese hingga sebati selama 5 minit.
3. Masukkan gula dan putar selama 10 minit.
4. Masukkan whipped cream, esen vanila dan Coffee. Putar lagi selama 5 minit.
5. Potong kek sponge kepada 3 bahagian.


Ini contoh kek sponge di potong dua
Sumber: Google

6. Letak 1 bahagian kek atas papan.
7. Sudukan sos ke atas kek sehingga kek lembut dan menyerap.
8. Taburkan koko dengan mengayak.
9. Sudukan cream atas lapisan koko sehingga rata semua.
10. Ulang langkah 5,6,7,8 sehingga habis.
11. Ayak koko atas lapisan cream.

Lepas tu, boleh simpan dalam fridge. Agak-agak da sejuk, boleh la makan


Sebenarnya resepi asal pakai nes*cafe..tapi tukar la..kan produk NESTLE tu..nak tukar jadi Mineral Coffee yang awesome pun boleh!

Memang bau dia sure terangkat punya lah!

Buat dalam bekas pun boleh ya. Sebab atas papan tu cepat cair, unless bubuh gelatin nk bagi berdiri.. Kalau saya buat untuk sendiri makan, saya letak dalam bekas je, senang nak cedok dan simpan semula dalam peti. Kalau atas papan, susah nak simpan..

Sumber: Google
  
Yang sebelum ni versi biskut jejari..mana-mana pun sedap.. Sama je step, cuma part kek sponge tu gantikan dengan biskut jejari. Biskut Jejari ni banyak je jual kat kedai.

Sumber: Google
Tips lain, orang kata waktu putar cream tu boleh masukkan setitik dua lemon, tapi saya tak pernah pulak cuba. Sebab setiap kali nak buat, mesti tak ingat. Dah siap baru teringat. Hehe..

Selamat Mencuba!

Comments

Popular Posts